Saturday, 20 June 2015

3.1 Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi (Maklumat)

Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kegiatan bermaksud aktiviti, manakala  ekonomi merujuk kepada sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan, dan lain-lain) sesebuah negara. Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan.

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer, kegiatan ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini  berdasarkan bentuk kegiatan yang terlibat.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk dalam kategori kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara langsung daripada sumber alam semula jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.

Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang, pembalak dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada kegiatan ekonomi primer yang memerlukan  pemprosesan. Bahan mentah diproses menjadi barang siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.

Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan, perbankan, kewangan, pelancongan dan sebagainya.

Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja, pekedai, kerani dan sebagainya.

Dalam kajian ini, kawasan kajian saya iaitu _____. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di daerah ini.  Antaranya adalah perniagaan, pertanian, perlombongan, perkhidmatan, pelancongan dan pendidikan.



RUJUKAN: